Seram! Rakaman Kereta Mainan Bergerak Sendiri Di Koridor Pukul 12 Malam

Setiap daripada kita pasti pernah berdepan pengalaman seram yang berlaku di depan mata. Lebih menyeramkan jika kita berada sendirian ketika itu, pasti macam-macam perkara difikirkan.

Baru-baru ini tular perkongsian video seorang pengguna TikTok, Muhammad Asraf mengenai kejadian seram berlaku pada hari Jumaat sekitar jam 12 malam.

Ketika itu dia baru pulang ke rumah dan sewaktu melalui koridor menuru ke rumahnya dia terlihat ada dua kereta mainan bergerak sendiri.

Lebih cuak, tiada kelibat manusia menaikinya. Menerusi video tersebut jelas kelihatan hanya dua kereta main bergerak dan selebihnya berada dalam keadaan statik.

Bagaimanapun, Asraf seolah tidak menghiraukan kejadian seram menimpa dirinya dan meneruskan perjalanan ke rumah.

@muhamadasraf3

Bayangkan hari jumaat pkul12am nk balik rumah block B nk blik ikt lift tapi ad si adk 2 org #Videoleap #fyp #seram #indonesia #malaysia #fypシ #virall

♬ Amityville Horror – Scary Halloween Sound Effects – Halloween Sound Effects

“Bayangkanhari Jumaat pukul 12am nak balik rumah blok B nak balik naik lift tapi ada si adik dua orang. Dia ni nak main-main ke tu. Hai budak kecil comel. Abe sambung lalu ye nanti sambung main taman pula,” tulisnya pada video tersebut.

Perkongsiannnya itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan mungkin kereta mainan itu dikawal menggunakan bateri dan boleh dikawal dari jauh.

Namun, ada netizen lain mengatakan mainan tersebut tidak menggunakan bateri dan perlu menolak dengan kaki jika mahu menggerakkannya.

SUMBER: TikTok