Siapa sangka bermula dari perkongsian memasak di Youtube, kini nama Sugu Pavithra sudah dikenali hampir di seluruh negara. Malah kini dia turut diangkat menjadi ikon Bandaraya Ipoh.
BACA: Bukan RM144,000, Sugu Pavithra Dedah Pendapatan Sebenar Dari YouTube
Menurut laporan Sinar Harian, Pavithra menerima pengiktirafan di atas kejayaannya membina kerjaya menerusi bakat memasak sehingga mendapat lebih 770,000 pengikut di Youtube.
Menurut Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin, pengiktirafan itu diberi kepada anak kelahiran Ipoh yang berjaya menempa nama di peringkat negara dan antarabangsa.
Bagi Pavithra pula, pengiktirafan itu ternyata membuatkan dirinya terharu selain mengucapkan penghargaan kepada semua yang menyokongnya.