Suspek Kes Bunuh Nur Surya Tak Mengaku Sebabkan Kematian Rakan

Suspek kes bunuh Siti Nur Surya Ismail di Kampung Lubok Batu, Telemong, Kuala Berang pada 1 November lalu dihadapkan ke Mahkamah Majistret Marang hari ini atas pertuduhan membunuh.

Tertuduh, Siti Nur Athirah Azmi, 19, yang merupakan rakan baik Siti Nur Surya mengangguk faham dan tiada pengakuan direkodkan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Engku Nurul Ain Engku Muda.

Berdasarkan pertuduhan, Siti Nur Athirah didakwa membunuh Siti Nur Surya, 19, di sebuah rumah di Kampung Lubuk Batu, Telemong, Hulu Terengganu antara pukul dan pukul 9.30 pagi , 1 November lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati mandatori jika sabit kesalahan.

Dalam pada itu, Majistret Engku Nurul Ain tidak membenarkan Siti Nur Athirah diikat jamin dan menetapkan sebutan semula kes pada 10 Januari tahun depan.

SUMBER: Kosmo!