Suspek Kes Bunuh Surya Buang Bahan Bukti Dalam Sungai

Melalui perkembangan terbaru mengenai kes pembunuhan Siti Nur Surya Ismail yang berlaku di Terengganu, hasil soal siasat polis mendapati bahawa suspek telah membuang beberapa barangan mangsa yang diambol dari rumah ke dalam sebatang sungai di Telemong

BACA: Ibu Suspek Yakin Anak Tak Bunuh Nur Surya

“Antara barangan dari rumah mangsa yang masih hilang dan dipercayai dibuang ke dalam sungai itu ialah sebuah beg yang mengandungi dokumen peribadi mangsa”

“Sehubungan itu, seramai sembilan anggota Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga telah dikerah untuk mencari bahan bukti tersebut mulai semalam,” jelas Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superintendan Mohd. Adli Mat Daud dalam satu kenyataan kepada portal Kosmo!.

Pada 2 November 2020 lalu, seluruh negara digemparkan dengan kes pembunuhan yang pada mulanya disangkakan kes samun.
Namun semuanya terbongkar apabila suspek telah telah ditahan ketika memberi keterangan di Balai Polis Telemong, pada keesokan harinya.

Suspek yang juga merupakan rakan baik mangsa kini direman selama 14 hari sehingga Isnin depan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sementara itu dalam perkembangan lain, menurut Ketua Polis Terengganu, kertas siasatan sudah siap lebih 90 peratus dan menunggu arahan seterusnya.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.

Gambar Ihsan: Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga