Tak Dapat Topup Touch n Go, Jurutol Kena Simbah Milo

Orang kata, kejadian ini masih lagi panas berlaku. Lebih menyayat hati, sebungkus air milo turut terkorban begitu saja di dalam kotak jurutol berada.

BACA: Benarkah Botol Hand Sanitizer Boleh Meletop Kalau Tinggal Dalam Kereta?

Menurut kenyataan empunya badan, ften.syfqah di Instagram, pada mulanya lelaki berkenaan berdepan dengan masalah untuk tambah nilai Touch n Go sekitar jam 7.30 pagi di Lebuhraya Kesas.

“Pukul 7.30 pagi dia masuk line Faten minta nak topup. Faten cakap sini touch n go sahaja, tiada topup, topup lorong sebelah,” kata mangsa simbahan Milo.

Menolak untuk membayar tol bernilai RM2, lelaki berkenaan bagaimanapun akhirnya berjaya menambah nilai. Okay, nampak macam sudah selesai,kan?

Sebelum sambung, anda boleh tengok sendiri bagaimana insiden berlaku dan sedutan terakhir oleh pelaku sebelum menyimbah air ke dalam tol booth.

Menurut Faten, dia menjangkakan perkara yang berlaku pada awal pagi itu sudah selesai tetapi pada pukul 9.20 pagi, lelaki berkenaan kembali dan melalui lorong tol yang sama.

“Pukul 9:20 dia lalu lagi sekali dengan bawak air milo ais dia tu, minum sambil cakapa “lain kali jangan suka suka nak kenakan orang” terus simbah,” kongsinya lagi.

Ternyata kejadian ini mengundang pelbagai reaksi dari orang ramai. Ada yang berpihak pada Faten dan sebaliknya. Tapi sebenarnya, penyelesaian untuk perkara berkaitan Touch n GO ini cukup mudah.

Bukankah lebih mudah jika aplikasi Touch n GO boleh digunakan untuk kesemua lorong tol di Malaysia. Ini tidak, ada tol yang boleh, ada tol yang tidak. Perkara ini nampak mudah tapi pengguna masih ramai yang menderita. Sudahnya, kini jurutol turut menjadi mangsa.