Tak Mampu Bayar Bil Hospital RM4,000, Suami Isteri Terpaksa Jual Anak Baru Lahir

Dek kerana kesempitan hidup akibat pandemik, sepasang suami isteri di Temerloh terpaksa menjual bayi yang baru dilahirkan kepada orang salain kerana tidak mampu membayar bil hospital RM4,000.

Pasangan dari Lombok berusia 20-an itu tidak mempunyai wang yang cukup untuk mengambil bayi mereka kerana tidak mempunayi kerja.

BACA: Ibu Terkilan Bayi Usia 3 Hari Bengkak Dada Disuap Biskut Oleh Mak Mertua

Malah, mereka lebih terbeban apabila sewa mereka di Karak tenggelam akibat bencana banjir tahun lalu.

Buntu dengan keadaan tersebut, pasangan itu meminta satu pasangan suami isteri yang tidak mempunyai anak sejak berkahwin 9 tahun lalu untuk selesaikan bil tersebut sebelum menghilangkan diri.

Namun keadaan menjadi sukar apabila bayi tersebut tidak dapat didaftarkan sebagai anak angkat kerana memerlukan kehadiran ibu kandung bagi urusan dokumentasi di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Kisah itu dikongsikan oleh wanita dikenali sebagai Hasnah berkata dia mengetahui mengenai hasrat wanita Indonesia yang dikenali sebagai Fithiani yang mencari keluarga angkat bagi anak mereka pada 1 Januari lalu.

“Mungkin ada rakan Fithiani yang tahu mengenai hasrat kami dan menghubungi saya untuk mengambil bayi yang dilahirkan di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (HoSHAS) pada 30 Disember tahun lalu itu sebagai anak angkat.

“Mereka menyatakan tidak mempunyai wang untuk membayar bil sebanyak RM4,000 kerana terkesan dengan Covid-19 dan ditambah pula rumah mereka di Karak ditenggelami banjir. Mungkin mereka dipindahkan ke HoSHAS dari hospital di Karak,” katanya.

Hasnah berkata dia yang gembira dengan tawaran tersebut nekad membayar bil tersebut dan membawa bayi itu pulang bersama beberapa dokumen yang diberikan pihak hospital.

Bagaimanapun, pasangan tersebut terus menghilangkan diri dan tidak dapat lagi dihubungi sekaligus menyukarkan proses untuk mengambil anak angkat.

Katanya lagi, sejak bayi itu di­serahkan kepada mereka, wanita itu dan suaminya yang dikenali sebagai Bambang langsung tidak muncul-muncul.

Dalam pada itu, Hasnah berharap agar pasangan itu menghubungi mereka dengan segera bagi meneruskan proses pendaftaran.

SUMBER: Kosmo!