Tak Percaya Berlaku Di Malaysia, Video Budak Merayu Minta Kotak Ini Buat Netizen Sedih

Pertama kali melihat video ini, kami rasa macam tak percaya yang situasi sebegini benar-benar berlaku di negara kita. Video pendek berdurasi 2 minit lebih ini pada mulanya kelihatan biasa saja.

BACA: Dikecam Netizen Kerana Hina Rakyat Belajar Tak Tinggi, Ahmad Maslan Keluar Cerita Sedih

Pada mulanya perakam merakam aktiviti pemberian makanan kepada gelandangan. Mereka bergilir-gilir datang mengambil makanan yang diberikan.

Namun tak lama kemudian, ada seorang kanak-kanak ini mula meminta kotak yang digunakan oleh mereka yang memberikan makanan tersebut. Bukan sekali dua, tapi berkali-kali.

Malah kanak-kanak lain dalam masa yang sama turut mahukan kotak tersebut. Menurut pemilik akaun @dom_raf1313 di Twitter, kotak tersebut sebenarnya adalah untuk dijadikan alas untuk duduk atau tidur.

“Tidur pun di kaki-kaki lima. Dengar tu budak kecik tu dari tadi nak kotak untuk dijadikan alas duduk dan tidur. Kita dah sampai ke tahap ini.. sedih nya…,” kongsinya.

Kami kongsikan video tersebut di bawah dan semoga kita dapat sama-sama bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.