Beberapa hari lepas, viral di Twitter tentang seorang kisah makcik yang mendakwa terpaksa meminta sedekah setelah suaminya yang bekerja sebagai tukang masak diberhentikan kerja dek penangan Covid-19.
BACA: Viral Penunggang Motosikal Ditahan Tak Pakai Mask, Ini Rupanya Yang Berlaku
Sehubungan dengan perkara tersebut, ramai yang menghulurkan bantuan kewangan melalui akaun bank yang dikongsikan oleh makcik tersebut. Menurut posting yang viral sebelum ini, makcik berkenaan dikatakan berada di Giant Batu Caves.
Peka dengan situasi tersebut dan mahu menolong dengan lebih lanjut, seorang guru yang dikenali di Facebook dengan nama Mohd Fadli Salleh telah pun turun padang untuk bertemu dengan makcik berkenaan.
Bagaimanapun usaha lelaki untuk mendapatkan makcik berkenaan tidak berjaya namun sebaliknya dia terjumpa dengan Ustaz Firdaus dari Lembaga Zakat Selangor yang kebetulan turut berada di lokasi berkenaan.
Apa yang disampaikan oleh Ustaz Firdaus itu juga sedikit sebanyak menjelaskan situasi sebenar makcik berkenaan yang viral sebelum ini.
Ikuti sebahagian daripada kisah perjalanan Cikgu Fadli mencari Makcik Maznah di bawah atau jika anda nak baca cerita penuh di sini:
Siapa sangka, di sebalik sikap baik hati masyarakat kita yang tak lokek memberi masih ada pihak yang mengambil kesempatan. Mungkin mahukan wang dengan cara mudah atau mungkin tersepit di antara masalah dalaman keluarga sendiri.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.