Entahlah, kami pun bingung bila tengok video yang Dato’ Seri Dr. Hajah Vida ini kongsikan di Instagram Story baru-baru ini.
BACA: Netizen Tegur Beli Cover Buku Mewah Tak Boleh Bawak Mati, Ini Respon Selamba Vida
Dari riak wajah macam bersedih, kemudian ditepek pula video arwah Siti Sarah tengah produk makanan hasil kerjasama dengannya lepas itu terus ceritakan pula kehebatan produk sekali dengan link swipe up untuk pembelian.
Tak percaya? Anda tengok sendiri video di bawah ini.
KO TGK SI BODO SEKOR LAGI?!!!!! Hampa ni kena check doctor setan. Otak tercabut ke? pic.twitter.com/33JQ6oe798
— #GetVaccinated! 💉🏴 (@nefertiti4lyfe) August 10, 2021
Ternyata perkara sedemikian bagaikan tidak menghormati dan seperti mempergunakan rasa simpati orang ramai untuk mengaut keuntungan pula.
Netizen rata-rata menyatakan perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku atau mungkin juga promosi sedemikian boleh dibuat selepas keadaan reda bagi menghormati perasaan keluarga yang telah kehilangan insan tersayang.
dia tak salah kalau nk flashback usaha buat makanan tu kerjasama dgn siti sarah and sebak sbb teringat benda tu. tp yg salahnya gunakan kematian siti sarah untuk promote benda tu and acah mcm itulah hasrat dan impian siti sarah. allahu apa nak jadi dgn Malaysian ni 😢
— SETOROHBERI 🍓🇲🇾 (@kimshoex) August 10, 2021
Sabar2 la mangkuk, orang baru meninggal semalam kau dah buat jadi bahan marketing. Dah kering sangat ke duit tu? Tunggu sebulan dua takboleh? Cuba budak2 insurans mempergunakan kematian anak2 kau untuk marketing baru kau tahu.
— escapism (@escpsmxx) August 10, 2021
Nak promot tu promot la. Apa ke batak nak upload muka Siti Sarah tu jugak….
— don pacho (@1qbal94) August 10, 2021
Pemergian arwah Siti Sarah ternyata meninggalkan banyak kesan kepada orang ramai.
Namun dalam masa yang sama, semua pihak seharusnya sensitif dalam berkongsikan perkara berkaitan dengan Allahyarhamah agar tidak melampaui batasan dan melukai perasaan ahli keluarga mereka.