Tidak Tahu Punca, Lelaki Ini Selamba Kunyah Lidah Biawak Hidup

Kadang-kadang bukan semua kejadian kita boleh tafsir dengan otak kita yang waras. Contohnya mengenai satu video yang tersebar baru-baru ini di laman sosial. Tidak jumpa logik perbuatan pelaku tersebut ke atas seekor biawak – yang masih hidup.

BACA: Buang Kucing Alasan Anak Semput, Rupanya Boleh Didenda RM100 Ribu

Melalui perkongsian Persatuan Haiwan Malaysia, lokasi dan maklumat lain berkenaan kejadian tersebut masih tidak diperolehi.

“Makan biawak yang ditangkap hidup-hidup satu pelanggaran terhadap kebajikan haiwan liar dalam Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 kerana mematikan haiwan dengan cara kejam,” jelas kenyataan di Facebook tersebut.

Kami tidak sarankan anda untuk menonton video ini tapi jika anda mahu juga, klik saja di sini. Semoga pelaku dapat ditangkap dan perlakuan kejam sebegini tidak akan terjadi lagi.