Tiga Hari Hilang, Kucing Balik Rumah Siap Bawa Nota ‘Hutang’

Kucing merupakan haiwan peliharaan yang mempunyai pelbagai macam kerenah yang adakalanya menghiburkan hati manusia dan ada masanya membuatkan tuannya rasa geram.

Seperti yang berlaku di Thailand ini, seorang netizen berkongsikan mengenai kucingnya berwarna kelabu hitam yang pulang ke rumah selepas tiga hari menghilang.

Namun, apa yang mengejutkan kucingnya itu pulang bukan hanya dengan ‘tangan kosong’ tetapi dengan satu nota yang disangkut pada lehernya.

Lebih lucu, kad yang digantung itu merupakan nota hutang oleh seorang pemilik gerai yang memberikan kucing itu makan. Malah, turut disertakan nombor telefon untuk selesaikan hutang berkenaan.

“Kucing anda terus memerhatikan ikan tenggiri di gerai saya, jadi saya memberinya tiga ekor. Aunty May di lorong no.2,” tulisnya.

Dalam pada itu, rata-rata netizen memuji sikap murni pemilik gerai berkenaan yang menjaga kucing tersebut serta memberikannya makan. Apa pun diharap pemilik kucing berkenaan akan segera selesai hutang berkenaan.

SUMBER: World of Buzz