Tindakan Cristiano Ronaldo Ini Punca Coca Cola Kerugian 4 Bilion Dalam Masa 30 Minit

Sejak semalam tular video pemain bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo mengalihkan dua botol minuman Coca Cola dari meja ketika sidang media menjelang pertemuan dengan Hungary. Bintang Portugal itu turut menasihatkan orang ramai mengambil air kosong.

Siapa sangka, disebabkan tindakan Ronaldo itu menyebabkan nilai pasaran Coca-Cola mengalami kerugian AS$4 bilion (RM16.4 bilion).

Difahamkan, selepas 30 minit selesai sidang media berkenaan, harga saham Coca-Cola jatuh merundum daripada AS$56.10 (RM231) kepada AS$55.22 (RM227.39 sen).

Coke dalam satu kenyataan berkata setiap orang mempunyai hak untuk memilih minuman mereka.

Umum mengetahui Ronaldo sememangnya mengamalkan diet yang ketat dan mengelak daripada mengambil terlalu banyak gula.

SUMBER: Harian Metro