Topeng Muka Dijemur Untuk Dijual Semula, Netizen Saran Koyak Sebelum Buang

1
9868

Melihat kes COVID-19 yang semakin meningkat, ramai yang kini berada ditahap berjaga-jaga. Malah, topeng muka dan hand sanitizer menjadi rebutan ramai sebagai langkah pencegahan untuk mengelakkan daripada dijangkiti virus berbahaya itu.

Namun apa yang dikesalkan apabila di saat-saat genting ini masih ada pihak yang cuba mengambil kesempatan susulan dengan keadaan sekarang yang sukar untuk mendapatka bekalan topeng muka.

Sejak semalam tular di media sosial apabila ada pihak dipercayai cuba mengitar semula topeng muka yang telah digunakan. Pihak tidak bertanggungjawab itu dikatakan membasuh topeng-topeng muka tersebut sebelum menjemurnya untuk dijual semula.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan topeng-topeng itu dikitar semula untuk tujuan peribadi ataupun untuk dijual semula.

Bimbang dengan perkara tersebut, seorang netizen menggesa orang ramai mengoyakkan topeng muka yang telah digunakan bagi mengelakkan ianya dikutip oleh pihak tidak bertanggungjawab.

https://twitter.com/dylawok/status/1239184222499123202?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1239184222499123202&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.thevocket.com%2Ftular-gambar-face-mask-dijemur-netizen-saran-koyak-sebelum-buang%2F

Dalam pada itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak membeli topeng muka daripada sumber yang tidak boleh dipercayai berikutan lambakan topeng muka yang dijual di media sosial tanpa diketahui dari mana sumber asal topengmuka tersebut.

Terdahulu, sebuah kilang kitar semula di wilayah Saraburi di Thailand pernah diserbu pihak polis kerana cuba mengitar semula topeng muka yang telah digunakan.

Kilang itu dilaporkan seterika semula topeng muka yang sudah dipakai sebelum melipatnya ke dalam kotak untuk nampak seperti baru dan tak pernah digunakan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂