Tune Hotel Tawar Penginapan Percuma Buat ‘Frontliners’ Hospital Kuala Lumpur

Disaat-saat penularan wabak COVID-19 di negara kita, petugas kesihatan antara individu yang paling bertungkus lumus melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga ada yang tak sempat makan, malah ada yang tidak cukup tidur.

Lebih memilukan, ada yang terpaksa kuarantinkan diri mereka dan tidak boleh berdekatan dengan keluarga bimbang wabak tersebut menular.

Bagi menghargai jasa kakitangan barisan hadapan Hospital Kuala Lumpur, syarikat Tune Hotel telah menawarkan penginapan percuma buat mereka untuk menginap di Tune Hotel cawangan Putra World Trade Centre (PWTC) selepas bekerja.

Inisiatif itu dilancarkan oleh Pertubuhan ECM Libra yang disokong Ormond Group selepas melihat keadaan kakitangan hospital yang terpaksa berehat di ruangan koridor hospital kerana tiada tempat untuk ditujui selepas syif panjang sebelum sambung bertugas.

Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan ECM Libra Datuk Seri Kalimullah Hassan berkata, pihaknya komited untuk membantu terutamanya golongan memerlukan dan kakitangan perubatan yang menjadi barisan hadapan dalam mencegah penularan wabak itu.

Difahamkan, kesemua 130 buah bilik di Tune Hotel PWTC, berhampiran HKL kini tersedia serta hidangan sarapan pagi secara percuma buat kakitangan perubatan HKL bermula pada 24 Mac 2020 hingga 24 April 2020

Setakat hari ini wabak COVID-19 di Malaysia telah meragut 20 nyawa dan 1,796 kes positif dilaporkan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: NST

Leave a Reply