Sejak beberapa hari lalu hangat diperkatakan seluruh dunia mengenai tindakan beberapa pemain mengalihkan minuman yang disediakan penaja ketika sidang akhbar Euro 2020.
Antara pemain tersebut bintang Portugal Cristiano Ronaldo dan Paul Pogba. Susulan tindakan Ronaldo itu, Coca Cola berdepan kerugian besar.
Kemudian, pemain tengah Perancis yang beragama Islam, Pogba turut mengikuti langkah Ronaldo dengan mengalihkan sebotol Heineken, diikuti pula dengan pemain Itali, Manuel Locatelli menggantikan Coca-Cola dengan air kosong kelmarin.
Terbaru, Badan Bola Sepak Eropah, UEFA memberi amaran pasukan yang berasi di Euro 2020 akan didenda jika pemain mereka mengalihkan minuman sesuka hati.
Menurut UEFA lagi, penajaan adalah penting kerana hadiah kemenangan yang diraih semua pasukan adalah hasil penajaan Coca-Cola, Heineken dan 10 penaja lain yang menyumbang sebanyak 2 Bilion euro (RM9.87 bilion).
Pengarah Uefa, Martin Kallen berkata lagi pemain perlu mematuhi peraturan ditetapkan namun dia memahami tindakan pemain Muslim seperti Pogba yang melakukannya atas sebab fahaman agama.
Jelasnya lagi, tindakan tidak akan dikenakan ke atas pemain, sebaliknya ke atas pasukan yang mungkin selepas itu boleh bertindak ke atas pemain mereka.
SUMBER: Harian Metro