Semalam tular video di media sosial seorang makcik berkerusi roda di bantu oleh anggota tentera yang memakaikannya topeng muka dan sarung ketika mahu keluar untuk membeli barang keperluan harian.
Difahamkan makcik berkenaan dalam perjalanan ke sebuah pasar raya hanya menaiki kerusi roda berseorangan untuk membeli barang selepas mendapat Bantuan Prihatin Nasional (BPN). Video itu ternyata menyentuh hati ramai netizen yang sebak dengan nasib menimpa makcik itu.
Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang terus pergi menziarahi makcik itu. Menerusi perkongsian di Facebook, Ustaz Ebit akui menangis melihat video tular itu dan terus mencari rumah makcik berkenaan.
Ustaz Ebit turut sebak mendengar cerita makcik tersebut yang mencari rezeki sendiri dengan menjual kacang serta tidak mengharapkan bantuan sesiapa. Malah, rumah yang didudukinya itu dibeli mengunakan duit yang dikumpulnya sendiri.
Terkejut dengar, rumah tu dia kumpul duit beli sendiri
Terus rasa sebak sangat. Kakak ini meluah segala kisah hidupnya. Menangis semua yang ada disitu. Dia cerita dari kecil sampai sekarang. Sekarang kerja jual kacang-kacang sikit-sikit tepi jalan. Sekarang dah tak jual sebab PKP. Dengan kerusi roda elektrik tu dia kesana sini cari rezeki. Allahuakbar. Sikit pun tak mengharapkan sesiapa. Rumah tu dia kumpul duit beli sendiri. Beli sendiri. Terkejut mendengarnya. Menangis mendengarnya.
Dari mula kakak ni menangis. Tanya pasal Islam. Dia betul-betul kenal saya. Dulu berisi sikit katanya. Saya tak pandai mengaji. Kadang Tahajud susah nak bangun berwuduk. Beliau peluk Islam umur 20an.
Saya beri belanja padanya. Dia tolak pemberian orang awalnya. Tapi bila saya kata hadiah kena ambil. Dia ambil. Banyak kucing dia jaga beri makan.
Katanya doa ini ajaib dapat jumpa ustaz. Berulang dia kata happy dapat jumpa saya. Cita-citanya yang lain yang sangat besar nak jumpa mak dah 14 tahun tak jumpa. Dia asyik menangis rindu mak. Tapi takut. InsyaAllah saya akan bantu. Pohon doa semua. Saya minta beliau doakan saya. 3 doa saya minta dia tolong doakan saya.
Saya dah ambil nombor adiknya di singapura untuk dapatkan nombor maknya. InsyaAllah akan ziarah maknya nanti. Dan bawa akak ini. Doakan yer. -ebitlew
“Saudaraku disebalik ujian ada rahmat”
Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.
CIMB 8603546376