Ustaz Kazim Elias Tegur Ramai Yang Fikir Kes Tangmo Nida Berlebihan Dari Ramadan

Minggu lalu hangat diperkatakan mengenai kes kematian seorang pelakon Thailand iaitu Tangmo Nida sehingga mendapat perhatian netizen di Malaysia.

Malah, ada yang sanggup membuat kronologi dan sanggup menghabiskan masa untuk memikirkan mengenai kes berkenaan.

BACA: Kaki Dibelah Tapi Tiada Darah, 6 Doktor Pakar Tak Dapat Kesan Penyakit Misteri Ustaz..

Perkara itu turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Kazim Elias yang tampil menegur perbuatan mereka itu.

“Orang kita ni tiada kena mengena dengan dia, dia sibuk. Aktres Thailand mati, Tangmo. Sibuk siang malam, siapa bunuh dia kesian. Siang malam cerita.

“Tiada kena mengena dengan kita pun. Nak kata sepupu pun tidak, anak saudara pun tidak, sibuk hal orang,” katanya.

Dalam pada itu, Ustaz Kazim turut hairan dengan sikap orang Melayu yang lebih banyak memikirkan Tangmo daripada bulan Ramadan yang tiba beberapa hari lagi.

Difahamkan, Ustaz Kazim menyentuh mengenai isu itu ketika menyampaikan ceramah di salah sebuah masjid.

Terdahulu, Ustaz Elyas mendedahkan ada netizen berkongsikan kepadanya dimana mereka bermimpikan tentang Tangmo.

SUMBER: Majoriti