“Vaksin Covid-19 Boleh Ubah Lelaki Suka Kaum Sejenis”

0
11317

Seperti diketahui, beberapa negara sudah mula melakukan vaksin Covid-19. Malah, Malaysia juga turut menerima vaksin daripada syarikat farmaseutikal Pfizer pada 19 Januari ini.

Sejak penemuan vaksin diumumkan, muncul golongan antivaksi yang mengeluarkan pendapat mereka sekaligus menjadi ancaman kepada negara kerana tindakan mereka boleh mengelirukan pemikiran masyarakat.

Lebih mengeruhkan lagi keadaan apabila seorang ketua agama Yahudi (Rabai) berpengaruh di Israel, Rabai Daniel Asor menyeru orang ramai untuk tidak menerima sebarang suntikan vaksin COVID-19.

Menurut beliau, vaksin yang disuntik akan menyebabkan seseorang lelaki menjadi homoseksual. Media Israel, Jerusalem Post dan Israel Hayom melaporkan dakwaan Daniel bahawa fenomena COVID-19 adalah didalangi oleh pihak tertentu.

“Setiap vaksin yang dibuat menggunakan substrat embrio, dan kami mempunyai bukti mengenainya, menyebabkan kecenderungan yang berlawanan.

“Vaksin diambil dari substrat embrio, dan mereka juga melakukannya di sini, jadi, ia boleh menyebabkan kecenderungan yang berlawanan,” katanya.

Bagaimanapun, setelah mengaitkan vaksin dengan kaum sejenis, Asor turut mengaitkan pula dengan teori konspirasi.

“Pandemik yang berlaku adalah sengaja direka oleh ‘kumpulan rahsia’ antarabangsa seperti Freemason, Illuminati dan pengasas Microsoft, Bill Gates,

“Penyakit dan vaksin dihasilkan adalah bagi membentuk oder dunia baharu (New World Order),” katanya.

Memetik laporan The Times of Israel, setakat ini seramai 17,000 rakyat Israel menerima suntikan kedua vaksin dan tiada kesan sampingan dilaporkan.

SUMBER: News18