Vaksin Dah Sampai, PM & Dr Noor Hisham Bakal Terima Suntikan 24 Februari Ini

Penantian rakyat Malaysia untuk memulakan kehidupan seperti biasa (walaupun mungkin memakan masa) semakin cerah kini apabila vaksin kumpulan pertama vaksin Pfizer-BioNTech telah selamat sampai di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) jam 10.07 pagi ini (21 Februari 2021).

BACA: “Vaksin Covid-19 Boleh Ubah Lelaki Suka Kaum Sejenis”

Menurut laporan Sinar Harian, perjalanan vaksin tersebut bermula dari kilang Pfizer di Belgium, transit di Lapangan Terbang Leipzig Halle dan kemudiannya ke Singapura Singapura untuk pengedaran ke negara-negara Asia Pasifik lain termasuk Malaysia.

Melalui ketibaan pesawat yang membawa 312,390 dos vaksin tersebut, Malaysia bakal memulakan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, iaitu program vaksinasi terbesar yang pernah dilakukan di negara ini dan ia akan dilancarkan dalam tempoh lima hari lagi (26 Februari).

Sementara itu menurut laporan Harian Metro, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah akan menjadi antara penerima pertama suntikan vaksin Covid-19 pada Rabu ini.

Sementara itu menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin, keputusan memulakan fasa pertama program imunisasi itu lebih awal berbanding yang dijadualkan pada 26 Februari.

Selain Muhyiddin dan Dr Noor Hisham yang akan disuntik vaksin pada Rabu ini, pejuang barisan hadapan termasuk petugas kesihatan dan bukan kesihatan akan menerima suntikan tersebut.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.