Kami pun tak tahu nak cakap apa bila mengetahui mengenai perkara ini sambil terbayang juga, kalau jadi sungguh, nanti Bubblebee Shuib akan ada topping Pamoga ke?
BACA: Kumpulan Sa Ya Terkeluar, Vida Bongkar Perangai Sebenar Pihak Gegar Vaganza?
Seperti yang ramai tahu, sebelum ini Vida pernah beberapa kali bertemu dengan anak-anak Shuib dan juga arwah Siti Sarah dan Vida sendiri mengakui merindui anak-anak tersebut.
Memetik laporan daripada Harian Metro, dia mengakui tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib malah lelaki yang merupakan seorang pelawak itu juga dikatakan mempunyai ciri lelaki idamannya selama ini.
“Shuib seorang lelaki yang baik dan penyayang. Saya lihat sendiri bagaimana dia melayan anak-anaknya dengan penuh kasih sayang. Sejujurnya saya tiada masalah untuk mengenalinya secara lebih dekat. Lagipun sebelum arwah Siti Sarah meninggal dunia kami sudah menjadi rakan kongsi untuk produk makanan Unagi”
“Malah, saya pun rapat dengan anak-anaknya. Saya selalu juga bersiaran langsung bersama anak-anak Shuib melalui Instagram ibu mentuanya. Seronok setiap kali berpeluang bersembang dengan mereka,” jelasnya.
Tambahnya lagi, selain mengakui ada pihak yang mengatakan bahawa mereka serasi, apa pun setiap perhubungan memerlukan proses suai kenal dan restu daripada beberapa pihak.
“Orang luar boleh berkata apa saja, tapi hati manusia tak boleh dipaksa-paksa. Tuan empunya badan yang akan membuat keputusan. Kalau tanya saya sekarang saya tiada masalah untuk berkawan dengan Shuib,” katanya.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: Harian Metro