Video Kulit Muka Terlalu ‘Perfect’ & Licin Gadis Ini Jadi Pertikaian Netizen

Memiliki raut wajah yang berseri dan juga licin tanpa ada sebarang titik jerawat mahu pun jeragat merupakan impian setiap manusia, mungkin. Namun melalui sebuah perkongsian di laman Twitter baru-baru ini, wajah yang terlalu sempurna menjadi kerisauan pula.

BACA: Kisah Pasangan Romantik Bersama Hingga Ke Akhir Hayat Ini Buat Netizen Sebak

Melalui video pendek tersebut yang berasal dari TikTok, pemilik akaun laman sosial berkenaan berkongsikan kejelitaan wajahnya yang kelihatan tiada cacat cela.

Bagaimanapun oleh kerana wajahnya yang kelihatan berkilat selain ada yang mendakwa gadis berkenaan sukar untuk senyum, perkara tersebut menjadi pertikaian selain mencetus kebimbangan di kalangan netizen.

Ada yang bimbang dengan kesan jangka panjang yang bakal dialami gadis berkenaan selain ada juga yang berseloroh selepas melihat kelicinan wajah gadis tersebut.

Apa-apa pun, setiap insan pasti ingin merasa cantik dan kelihatan yakin bila bertemu dengan orang ramai. Namun dalam mengejar kesempurnaan, dalam masa yang sama perlu berjaga-jaga juga supaya tidak merana di masa hadapan.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.