Video Wanita Curang Demi RM20,000 Ternyata Fake, Ramai Tertipu

Sudah dijangkakan video yang dihasilkan oleh anak-anak muda ini di Youtube adalah fake, baru-baru pemilik akaun Bros Gang di Youtube mengaku bahawa video tersebut adalah ‘lakonan semula’.

BACA: Prank Uji Kesetiaan Wanita Dengan RM20,000 Ini Dikecam Netizen

Pengakuan tersebut juga dalam masa yang sama membuatkan netizen tertanya-tanya mengenai kesahihan video-video keluaran mereka yang lain.

Namun perkara sebegini bukanlah sesuatu yang asing lebih-lebih di zaman viral sekarang ini. Jumlah tontonan bagaikan satu piala yang dikejar selain kepuasan melihatkan komen-komen yang termakan dengan lakonan tersebut.

Perkembangan pesat dan kelahiran Youtuber di Malaysia dilihat semakin rancak dan dalam masa yang sama, content sebegini sememangnya menjadi perhatian ‘kaki drama’ di luar sana.

Kelahiran video sebegini umpama salah satu pilihan channel yang anda boleh ikuti di Youtube. Maklumlah, televisyen pun orang dah jarang tengok bukan? Tapi apa-apa pun, jika anda terserempak video sebegini, bijaklah menilai sebelum terus percaya serta merta.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂