Wanita Bengang Dah Sampai Awal, Ipar Duai Sampai Lewat Tetap Dapat Tidur Dalam Bilik Di Rumah Mentua

Tinggal beberapa hari lagi umat Islam bakal menyambut Hari Raya, pasti ramai yang sudah berlumba-lumba untuk pulang ke kampung halaman.

Memang seronok apabila dapat berkumpul semua adik beradik di kampung dan meriah rumah dengan suara anak kecil yang bertemu dengan sepupu mereka.

Namun, apabila berkumpul adik beradik pasti akan timbul pertelingkahan seperti luahan seorang wanita ini yang terguris kerana perebutan bilik di rumah mentua.

Menurutnya, mereka sekeluarga sudah sampai terlebih dahulu namun ada ipar duai yang sudah booking bilik tersebut sedangkan lambat sampai serta memberi alasan risau tentang aurat isteri.

Wanita itu turut mempersoalkan bagaimana pula dengan auratnya. Malah, wanita itu berkata mertuanya turut serba salah mengenai perkara itu dan tidak menyalahkan mertuanya.

Kata wanita itu lagi, suaminya ada menymbang dana sebanyak RM15,000 untuk renovasi rumah ibu bapa mertuanya itu namun seperti tidak dihargai.

Perkongsian wanita itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang mengatakan masalah ini saban tahun terjadi dan ada yang mencadangkan beberapa penyelesaian.

Tidak kurang juga, ada yang mencadangkan sewaktu hari raya kaum lelaki tidur di luar dan wanita pula tidur didalam bilik untuk memudahkan mereka.

SUMBER: mStar Online