Warga Selangor Sila Bersabar, Diduga Gangguan Air Kerana Paip Pecah

Setiap dugaan yang melanda pasti ada hikmahnya. Begitulah jugalah yang terjadi di beberapa kawasan di Shah Alam yang kini terlibat dengan gangguan bekalan air.

BACA: Tak Tahan Hidup Dalam Timbunan Sampah, Jiran Dedah Cerita Sebenar

Memetik laporan The Star, pihak Air Selangor mengumumkan gangguan bekalan tidak berjadual berlaku di enam kawasan.

Antara seksyen yang terlibat di Shah Alam ialah Seksyen 18,19,20,23,24 dan 25. Punca kejadian dikatakan berpunca dari insiden paip pecah akibat perbuatan pihak ketiga di Jalan Persiaran Jubli Perak, Seksyen 24.

Bagaimanapun melalui maklumat yang dikongsikan portal tersebut, kerja-kerja dijangka selesai pada jam 9 pagi pada 13 Oktober.

Menurut kenyataan itu, semua pengguna akan menerima bekalan air secara berperingkat berdasarkan jarak tempat dan tekanan air setelah kerja-kerja pembaikan selesai.