17 Aplikasi Android Ini Curi Data Peribadi Anda, Periksa Dan Delete Cepat!

Jika terdahulu pengguna komputer bimbang akan serangan virus dan malware kerana boleh mengakibatkan komputer tidak berfungsi serta data tidak dapat diakses, namun kini masalah sama turut terjadi pada telefon pintar.

Buat pengguna Android, nampaknya anda perlu peka tentang perkara ini dimana Google telah membuang 17 aplikasi daripada Play Store kerana dikhuatiri mempunyai malware yang dinamakan sebagai Joker.

Difahamkan, malware ini mampu mencuri data peribadi pengguna terdiri daripada mesej daripada SMS, nombor telefon yang disimpan serta beberapa lagi informasi lain tanpa pengetahuan pengguna.

Google dilaporkan telah membuang 17 aplikasi ini serta menghalang daripada dipaparkan di Google Play Store. Ini merupakan 17 aplikasi yang dikesan mempunyai malware Joker.

  • All Good PDF Scanner
  • Mint Leaf Message-Your Private Message
  • Unique Keyboard – Fancy Fonts & Free Emoticons
  • Tangram App Lock
  • Direct Messenger
  • Private SMS
  • One Sentence Translator – Multifunctional Translator
  • Style Photo Collage
  • Meticulous Scanner
  • Desire Translate
  • Talent Photo Editor – Blur focus
  • Care Message
  • Part Message
  • Paper Doc Scanner
  • Blue Scanner
  • Hummingbird PDF Converter – Photo to PDF
  • Powerful Cleaner

Dalam pada itu, Google turut menasihatkan para pengguna yang masih mempunyai aplikasi ini pada telefon pintar untuk segera memadamnya bagi mengelakkan lebih banyak data peribadi dicuri.

SUMBER: GizChina