2 Minggu Nikah Dah Kena Cerai, Wanita Hamil Sedih Suami Kahwin Lain

Setiap pasangan pasti mahukan rumah tangga yang bahagia kekal hingga ke akhir hayat. Namun lain pula kisah terjadi pada wanita ini apabila rumah tangga hanya bertahan 2 minggu sahaja.

Menerusi perkongsian video di TikTok, wanita berkenaan meluahkan rasa sedih selepas suaminya melafazkan talak selepas 14 hari berkahwin. Lebih menyedihkan apabila dia mengetahui suaminya kemudian berkahwin dengan wanita lain.

Disaat ditimpa dengan ujiab berat, wanita itu tidak dapat menahan air mata apabila mengetahui dirinya berbadan dua dan perlu membesarkan anak sendirian.

Wanita itu berkata dia tidak tahu sama ada dia patut gembira atau bersedih dengan berita kehamilan itu, namun dia nekad untuk meneruskan kehidupan bersama anak yang bakal lahir nanti.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang simpati dengan nasib wanita itu serta menjadi kisahnya itu sebagai pengajaran.

Kata netizen, sebelum berkahwin kenali perwatakan bakal suami terlebih dahulu dan jangan membuat keputusan terburu-buru untuk mendirikan rumah tangga. Malah, ada yang risau untuk berkahwin selepas melihat banyak perceraian berlaku.

SUMBER: TikTok