4 Topeng Muka Percuma Bagi Setiap Isi Rumah – Menteri Pertahanan

Umum mengetahui kerajaan akan mengagihkan 24.6 juta topeng muka bagi membantu spek penjagaan kesihatan rakyat berikutan COVID-19.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kira-kira 8.6 juta isi rumah akan menerima topeng muka yang akan diagihkan oleh kerajaan untuk diedarkan secara percuma.

Topeng muka ini akan diberikan kepada rakyat melalui jawatankuasa pengurusan bencana negeri dan daerah. Kerajaan akan mengagihkan 4 topeng muka percuma bagi setiap isi rumah seluruh negara.

Ismail Sabri menjelaskan keutamaan pemakaian topeng muka perlu mengikut syor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), iaitu membabitkan individu yang mempunyai gejala wabak berkenaan.

Katanya lagi, pengagihan di seluruh negara itu kini dalam proses pengedaran yang dikendalikan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply