5 Bulan Bekerja Tanpa Henti, Dr Noor Hisham ‘Cuti Rehat’ Hari Ini

Sejak negara dilanda pandemik COVID-19, setiap petang pasti kita semua akan menantikan kelibat Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai kes wabak tersebut di negara ini.

Sentiasa sabar menjawab apa sahaja persoalan yang diajukan wartawan ketika sidang media dan tenang dalam memberikan maklumat kepada masyarakat, figura itu ternyata sangat disenangi ramai.

Nampaknya selepas lima bulan bekerja tanpa henti sejak awal tahun ini, akhirnya hari ini beliau diberi cuti oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) daripada membuat sidang media.

Meskipun tanpa kelibat Noor Hisham di televisyen, namun KKM akan mengeluarkan kenyataan media mengenai perkembangan terbaru itu pada 4.30 petang hari ini.

Walaupun Dr Noor Hisham diberikan cuti namun tugas memerangi penularan COVID-19 oleh petugas kesihatan di seluruh negara masih terus berjalan seperti biasa.

SUMBER: Harian Metro

Leave a Reply