Jika kami nak anda teka, bangunan apakah ini, kami jamin tekaan pertama anda pasti salah. Kami sendiri terkejut apabila mengetahui tentang perkara sebegini mampu terjadi di negara China.
BACA: Ini Punca Kenapa Namewee Diharamkan Di Negara China
Tidak mahu habiskan masa korang, kami kongsikan beberapa perkara menarik tentang rahsia bangunan ini yang mungkin masih ramai belum tahu.
1. China menghadapi kekurangan daging babi akibat wabak African Swine Fever yang mengakibatkan kematian jutaan babi.
2. Berpunca dari situ, wujud kekurangan stok dan menyebabkan harga daging babi melonjak – seterusnya membebankan pengguna selain turut memberi kesan kepada ekonomi negara.
3. Sebagai usaha untuk mengatasi kekurangan bekalan babi tersebut, China kini sedang tangkas membangunkan pelbagai fasiliti pengeluaran daging babi yang lebih moden dan efisyen.
4. Hasilnya, pelbagai cara ditemui malah mereka turut menggunakan teknik genetik canggih untuk menghasilkan babi yang lebih sihat.
5. Bagaimanapun, usaha ini pastinya memakan sedikit masa sebelum industri daging babi betul-betul pulih di China. Buat masa sekarang, China masa menghadapi kekurangan bekalan bahan tersebut dan terpaksa bertahan dengan harga yang lebih tinggi.
Sumber: The Guardian