Nampaknya penularan wabak COVID-19 berada di tahap membimbangkan apabila ianya menjadi ancaman besar buat seluruh dunia. Susulan wabak tersebut, rata-rata negara melaksanakan perintah berkurung atau pun kawalan pergerakan sekaligus menjejaskan industri pekerjaan.
Memetik laporan The Sun Daily, dianggarkan lebih satu juta rakyat Malaysia bakal hilang pekerjaan sekiranya 10% daripada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) di negara ini akan terjejas pada bulan-bulan akan datang susulan keadaan ekonomi lemak meskipun isu COVID-19 selesai.
Presiden PKS, Datuk Michael Kang berkata banyak syarikat tidak bersedia untuk menghadapi krisis tersebut dan ada kemungkinan tidak dapat bertahan sekiranya isu wabak berkenaan tidak berakhir dalam tempoh terdekat
Ujarnya lagi, tidak mustahil 5% hingga 10% PKS terpaksa ditutup bagi menanggung kerugian dalam tempoh yang panjang. Ini kerana mereka tidak mempunyai keupayaan kewangan yang cukup untuk terus bertahan.
Difahamkan, kira-kira 10 juta pekerja berkhidmat di bawah PKS, bererti jumlah mereka yang mungkin berdepan pengangguran akan meningkat dalam tempoh terdekat.
Malah, seorang ahli ekonomi berpendapat Malaysia kemungkinan akan menghadapi kemelesetan ekonomi menjelang akhir tahun akibat kesan wabak global.
Di Singapura, lebih 108,000 orang telah kehilangan pekerjaan atau pengurangan gaji susulan wabak tersebut.
Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂