Syarikat Ini Bayar Bonus Kepada Pekerja Sehingga 52 Bulan, Puas Hati Kerja Sini

Tidak dinafikan, pasti ramai yang berlumba-lumba untuk mendapatkan pekerjaan di syarikat besar dan ternama apatah lagi dengan gaji yang lumayan serta bonus ditawarkan pada pekerja.

Namun, ada satu syarikat ini menawarkan bonus besar luar biasa kepada kakitangannya yang boleh dikatakan tidak masuk akal.

Syarikat penghantaran Taiwan terbesar iaitu Evergreen Marine Corp memberikan bonus akhir tahun kepada kakitangan sebanyak 52 bulan gaji.

Memetik The Straits Times, kebanyakan pekerja junior Evergreen dengan gaji bulanan NT$40,000 (RM5,800) membawa pulang bonus bernilai NT$2 juta (RM288,000)  bersamaan dengan gaji empat tahun.

Difahamkan, bonus tahun 2022 lebih tinggi berbanding tahun 2021 dimana bonus sebanyak 40 bulan diberikan kepada pekerja.

Bagaimanapun, tidak semua pekerja Evergreen Marine bernasib baik. Pekerja yang berpangkalan di Shanghai merungut diberikan layanan tidak adil selepas hanya menerima bonus antara lima hingga lapan bulan gaji bulanan mereka.