Berpantang maut sebelum ajal, begitulah yang boleh digambarkan dengan kejadian menimpa seorang lelaki di Rusia yang terselamat selepas terjatuh dari tingkat 19 sebuah bangunan akibat mabuk.
Memetik Malay Mail, tular video di media sosial memaparkan lelaki dikenali sebagai Arthur dilihat berdiri di tebing tingkat 19 di sebuah banggunan apartmen.
Difahamkan, lelaki tersebut dalam keadaan mabuk berbuat demikian kerana mahu menghilangkan rasa sedih selepas kekasihnya memutuskan hubungan mereka.
Man miraculously survives 19-story fall
Thanks to the power of vodka, a Russian man has fallen out of the 19th floor of a building. Also thanks to the power of vodka, he’s fine.
Story: https://t.co/wgp9NDgDc2 pic.twitter.com/NnnqVpthpa
— RT (@RT_com) April 5, 2023
Bagaimanapun, lelaki itu hilang pertimbangan dan terjatuh dari tingkat 19 dan terhempas ke atas bumbung sebuah kereta Nissan X-Trail.
Menerusi video itu, lelaki tersebut dibantu oleh anggota bomba untuk bangun selepas jatuh di atas kereta yang dilaporkan kemik teruk akibat dihempap lelaki berkenaan.
Lebih mengejutkan Arthur dilihat baik-baik sahaja dan tiada masalah untuk berjalan serta hanya megnalmi sedikit calar pada kepala.
Malah, ketika dalam perjalanan ke hospital, Arthur dikatakan menyanyi sebuah lagu dan seolah-olah tidak mengalami kesakitan.