Sesunguhnya setelah berpuluh tahun hidup di Malaysia, ini kali pertama kami mengetahui tentang satu fakta tentang KLCC yang mungkin anda pun sebenarnya tak tahu.
BACA: Mohon Maaf Kepada Khairul Aming, Doktor Mahu Influencer Makanan Pamer Kalori
Baru-baru ini Ceddy yang juga merupakan influencer makan-makan telah pergi ke salah satu restoran yang terletak di KLCC.
Sekali lalu dalam videonya, dia ada menyebut bahawa di tiada restoran di KLCC yang menghidangkan daging khinzir sebagai menu.
Menjengah ke bahagian komen di Twitter, ternyata perkara tersebut membuatkan ramai terkejut selain menyatakan bahawa melalui video itulah baru mereka tahu tentang fakta itu.
TIL KLCC cannot serve pork https://t.co/XqrXBnF1bF
— Izzati Rosdi (@xatyrosdi) July 4, 2023
Adakah korang pun baru tahu perkara ini? Lebih menarik lagi, oleh kerana restoran yang influencer tersebut review ada menjual daging khinzir di outlet yang lain, dia sempat berpesan kepada mereka yang teringin makan tapi was-was.
Kalau korang rasa nak baca lagi story ringan macam ni atau fakta-fakta menarik yang mungkin korang tak pernah tahu, follow-lah Gulapop. Selamat!