Umum mengetahui segala perhimpunan secara beramai-ramai mahupun solat Jumaat tidak dibenarkan susulan bimbang penularan wabak COVID-19.
Bagaimanapun, baru-baru ini tular di media sosial dikatakan berlaku di negara jiran memaparkan para jemaah merempuh pagar masjid dipercayai mahu menunaikan solat Jumaat.
Menerusi perkongsian oleh seorang pengguna Twitter, kejadian itu dikatakan berlaku di Masjid Al-Karomah Martapura di Kabupaten, Banjar Kalimantan Selatan. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku pada 10 April, Jumaat lalu.
Gimana hukumnya yai @cholilnafis bila ada kerumunan massa mendesak jumatan
Lokasi salah satu Masjid di Kabupaten Banjar Kalimantan selatan. Mrk resah udeh 2x ga jumatan. pic.twitter.com/ZjRfDKjPuc
— A | Ripani (@El_AhmadRipani) April 10, 2020
Seorang pengguna Twitter memberitahu kejadian itu berlaku berikutan selepas dua minggu berturut-turut penduduka di kawasan berkenaan tidak dibernarkan solat Jumaat sekaligus membuatkan mereka bimbang akan jatuh murtad.
https://twitter.com/eko_kentudi/status/1248490993143316480?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1248490993143316480&ref_url=https%3A%2F%2Fsiakapkeli.my%2F2020%2F04%2F13%2Fdikatakan-takut-jatuh-murtad-jemaah-di-indonesia-rempuh-masjid-ingin-solat-jumaat%2F
Setakat ini, kes COVID-19 di Indonesia telah meningkat kepada 3,842 kes. Manakala jumlah kes kematian yang disebabkan oleh virus tersebut adalah sebanyak 327 kes.