Kajian Universiti Di Singapura Jangka COVID-19 Di Malaysia Berakhir Awal Mei

Sudah sebulan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), ini tentunya berita baik apabila sebuah kajian oleh Singapore University of Technology and Design (SUTD) meramalkan penularan wabak COVID-19 bakal berakhir beransur awal Mei ini.

Menurut data yang dikeluarkan oleh SUTD Data-Driven Innovation Lab pada Jumaat lalu menggunakan model susceptible-infected-recovered (SIR) beserta jangkaan di atas draf ke atas 28 negara termasuk Malaysia.

Untuk pengetahuan, model SIR ini turut pernah digunakan sebelum ini bagi beberapa penyakit lain seperti wabak Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) serta AIDS.

Menurut kajian itu, dunia hanya akan pulih 100 peratus daripada virus COVID-19 pada 8 Disember tahun ini, manakala pada 29 Mei ini peratusan jangkitan itu akan turun kepada 97 peratus.

Namun perlu diingatkan kajian ini hanyalah ramalan walaupun ianya berdasarkan data terkini dan juga tren penurunan jangkitan. Apa yang penting, rakyat perlu menjalankan tanggungjawab masing-masing untuk memutuskan rantaian jangkitan COVID-19.

SUMBER: Awani

Leave a Reply