Baru-baru ini di negara jiran, Indonesia, empat orang pemuda menjadi perhatian ramai apabila menyertai pertandingan merenung gambar bekas kekasih paling lama.
Menerusi gambar yang tular, keempat pemuda itu dilihat sedang duduk di atas kerusi sambil memegang gambar bekas kekasih mereka masihg-masing.
Memetik laporan Tribun News, penganjur pertandingan berkata ianya diadakan hanya untuk suka-suka dan hiburan sahaja ketika negara dilanda pandemik COVID-19.
https://www.instagram.com/p/CD8peScswy6/?utm_source=ig_embed
Lebih lucu apabila kesemua pemuda itu kelihatan tenang menatap gambar mantan mereka yang dicetak di atas kerta bersaiz A4. Malah, ada yang menutup muka mungkin kerana tidak sanggup untuk meneruskannya.
Menurut sumber, pertandingan itu diadakan bersempena dengan sambutan hari Ulang Tahun Kemerdekaan Indonesia yang ke-75. Setiap tahun kebiasaannya setiap daerah akan menganjurkan pelbagai pertandingan untuk memeriahkan suasana.