Live Dengan Caprice, Adakah Influencer Israel Ini Alat Agenda IDF?

Sejak dua minggu lalu, tindakan rejim Israel melakukan serangan terhadap Palestin dengan mengebom, memusnahkan harta benda tanpa belas kasihan dikecam sekeras-kerasnya seluruh dunia.

Semalam, penyanyi rap Caprice melakukan persidangan video secara langsung bersama dua influencer di Israel iaitu Shiraz dan Orin untuk membincangkan mengenai isu Palestin.

Bagaimanapun, soalan yang diutarakan oleh Caprice berdasarkan fakta tidak dijawab dengan baik oleh kedua influencer itu, malah seorang bertindak mahu cari gaduh.

Apabila Caprice bertanyakan mengapa Israel mahu mengambil tanah Palestine, mereka menjawab mereka tiada tempat untuk dituju dan mahu mengambil semula tanah mereka serta tindakan yang dilakukan oleh mereka tidak salah. Malah, mereka juga mendakwa Palestin bukan merupakan sebuah negara yang diiktiraf.

 

Lebih hangat apabila Caprice bertanyakan apa perasaannya jika rumah mereka didatangi jiran yang kemudian mahu menghalaunya dan mengambil rumah berkenaan.

Bagaimanapun, Orin dilihat bengang dengan pertanyaan soalan Caprice itu tanpa menjawab berdasarkan hujah yang betul.

Perkongsian Caprice itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang memuji tahap kesabaran Caprice meskipun tidak mendapat jawapan yang diinginkan sepanjang live berlangsung.

Tidak kurang juga, netizen mengatakan hanya buang masa berhujah dengan mereka yang berfikiran sempit dan tidak berilmu berkenaan isu tersebut.

SUMBER: The Vocket