Seorang bapa sepatutnya menjadi pelindung terutama pada anak perempuan. Bagi anak perempuan hanya bapa mereka sahaja merupakan insan bernama lelaki yang boleh dipercayai dan menjadi pembela mereka.
Namun, bapa durjana ini sanggup menodai anak kandungnya berusia 15 tahun kerana tidak mampu menahan nafsu setiap kali melihat anaknya itu tidur.
Dalam kejadian berlaku di Kabupaten Lampung Tengah, Lampung itu, suspek mengakui menodai anaknya itu sebanyak tujuh kali.
“Saya khilaf, tidak dapat menahan setiap kali lihat anak saya tidur. Tiba-tiba saja saya terpikir melakukan itu kepada anak saya,” kata suspek.
Bukan hanya menodai anaknya, suspek juga mengancam anak gadisnya itu supaya tidak mendedahkan perbuatan jijiknya itu kepada orang lain.
Difahamkan, suspek telah ditahan oleh pihak polis dan beberapa barang bukti antaranya bantal warna merah muda yang digunakan pelaku untuk menutupi atau menyerkup mangsa turut dirampas.
Perbuatan keji suspek terbongkar selepas mangsa mengadu kepada neneknya yang bertindak membuat laporan polis.
Menerusi laporan polis, nenek mangsa memberitahu cucunya akan diseksa dan dipukul jika memberitahu perkara itu kepada orang lain.
SUMBER: Utusan Online