Seorang lelaki hampir maut apabila berpuasa selama 40 hari 40 malam kerana dengan harapan amalannya itu akan diterima Tuhan serta mengurniakannya sebuah kerta sport Lamborghini.
Dalam kejadian berlaku di Zimbabwe itu, Mark Muradzira yang merupakan Pemimpin Pemuda Gereja Risen Saints di Bindura bertapa di sebuah gunung bagi mengelakkan dirinya teringin untuk makan.
Bagaimanapun, lelaki berusia 27 tahun itu hanya mampu bertahan selama 33 hari sahaja sebelum dia pengsan dan diselamatkan oleh rakannya.
Lelaki itu yang juga merupakan seorang penganggur terdesak untuk menghadiahkan kereta tersebut kepada teman wanitanya.
Disebabkan tidak mampu membeli kereta berharga £150,000 (RM879,231) itu, dia bertindak berpuasa selama 40 hari demi mengharap pertolongan Tuhan.
Ketua gereja tersebut iaitu Bishop Mawuru berkata Muradzira sepatutnya berpuasa untuk meminta kerja memandangkan dia masih menganggur.
Mereka yang datang ke gereja lelaki itu kemudian mendermakan wang bagi membantu Muradzira membeli kereta namun jumlah kutipan yang diterima hanya £30 (RM175) dan wang tersebut akhirnya digunakan untuk membiayai kos perubatan Muradzira.
SUMBER: Kosmo!