Setiap ibu bapa pasti mahukan yang terbaik untuk anak-anak. Malah, ada yang sanggup berhabis duit dengan menghantar anak mempelajari seni mempertahankan diri.
Bagaimanapun, perlu berhati-hati kerana jika tersalah pilih anak boleh menjadi mangsa dek kerana salah cara guru yang mengajarnya.
Seperti satu kejadian di Taiwan ini, seorang kanak-kanak berusia 7 tahun dilaporkan koma 70 hari dan akhirnya meninggal dunia selepas 27 kali dicampak semasa sesi latihan.
Menurut laporan, pada hari tersebut kanak-kanak bernama Juang itu dikatakan kurang sihat semasa latihan. Susulan itu, bapa saudaranya meminta jurulatih berkenaan berkana Ho, 68 tahun supaya tidak melakukan latihan berat.
Bagaimanapun, Ho dikatakan tidak mengendahkan mengenai nasihat tersebut dan tetap meminta menjalani latihan seperti biasa.
Huang dikatakan tidak diajar mempelajari teknik pergerakan judo sebaliknya dijadikan ‘alat’ oleh dua pelajar senior mempelajari teknik menjatuhkan musuh ke lantai.
Huang merayu supaya menghentikan latiha tersebut selepas diangkat dan dihempas ke lantai berulang kali. Ujarnya, dia tidak mampu lagi menanggung kesakitan.
Bukan sahaja rayuan tidak diendahkan, malah dipaksa jurulatihnya untuk berdiri semula selepas dihempas. Jurulatih berkenaan turut mengugut jika tidak berdiri semula, dia yang akan menghempaskan badan kanak-kanak itu ke lantai.
Difahamkan, Huang dicampak sebanyak 20 kali oleh pelajar senior manakala jurulatih mencampaknya sebanyak 7 kali. Selepas dicampak dan dihempas dengan teruk, Huang muntah dan pengsan, manakala wajahnya bertukar pusat dan matanya terbeliak ke atas.
Tanpa rasa bersalah, jurulatih tersebut meletakkan Huang disisi pakciknya yang duduk di tepi gelangang dan mengatakan kanak-kanak itu pura-pura pengsamn.
Bagaimanapun, pakciknya yang risau melihat keadaan anak saudaranya bertindak menghubungi ambulans dan kanak-kanak itu terus dikejarkan ke hospital.
Doktor memaklumkan latihan yang dijalani oleh Huang mengakibatkan kecederaan serius sehingga kanak-kanak itu terpaksa menjalani pembedahan kecil.
Namun, selepas pembedahan itu Huang dilaporakn koma berikutan pendarahan otak serta menghadapi masalah pernafasan. Malah, beberapa organ dalamannya juga tidak berfungsi.
Selepas koma lebih dua bulan, ibu bapa Huang memutuskan untuk mencabut sokongan bantuan alat pernafasan anaknya semalam berikutan tiada perkembangan positif.
SUMBER: Sinar Plus