Ada Kementerian Luluskan Cuti 8,000 Penjawat Awam Cuti Ke Luar Negara

Sudah masuk hari kesebelas perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), namun kes positif COVID-19 yang dicatatkan di Malaysia semakin meningkat.

Malah, lebih membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menjangkakan tsunami gelombang ketiga wabak Covid-19 di negara ini berikutan sejumlah besar rakyat Malaysia bercuti ke luar negara ketika semasa cuti sekolah baru-baru ini.

Lebih mengejutkan antara faktor terbesar yang menyumbang kepada perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan apabila ada kementerian yang meluluskan cuti 8,000 penjawat awam untuk melancong ke luar negara, seperti dilaporkan Malaysiakini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah berkata pihaknya mendapati ramai rakyat Malaysia meninggalkan negara ini untuk bercuti ketika cuti sekolah tempoh hari termasuklah ke Jepun dan Korea meskipun tahu negara tersebut berisiko tinggi untuk dilawati.

“Saya dimaklumkan, ada satu kementerian, 8,000 warga kementerian itu diluluskan atau beli tiket untuk melancong, contoh di Jepun, Korea dan sebagainya.

“Kita dah tahu gelombang kedua melibatkan warga Malaysia dan kes mereka adalah kes import. Contoh lihat kes 23, pergi Jepun dengan keluarga dan balik positif.

“Jadi kita takut bila 32,000 dari pelancong warga Malaysia ke Korea, Jepun, Itali dan sebagainya, bila kembali maka kita mungkin akan dapat kes import yang mendadak,” katanya.

Kata beliau lagi, kerajaan tidak mempunyai keupayaan untuk melakukan kuarantin terhadap sejumlah besar pesakit dan PKP adalah pilihan terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan.

 

Leave a Reply