Agamawan Indonesia Percaya Ruqyah Mampu Sembuhkan Pesakit Coronavirus

Wabak misteri coronavirus yang melanda di wilayah Wuhan, China bukan sahaja mencetuskan kebimbangan di negara itu sendiri malah di seluruh dunia. Lebih panik, apabila jumlah kematian meningkat kepada 722 orang dicatatkan hari ini.

Susulan penularan wabak tersebut, Prof. Dr. Ahmad Zahro, seorang tokoh dalam Ilmu Fiq’h di UIN Sunan Ampel Surabaya menyatakan bahawa dia yakin bahawa wabak coronavirus mampu disembuhkan dengan hanya menggunakan ruqyah.

Ujarnya lagi, beliau percaya bahawa ruqyah lebih berkesan berbanding dengan perubatan moden. Beliau turut mengatakan kita perlu yakin dengan Allah, tidak boleh sombong dan tidak boleh terlalu takut.

Memetik laporan Sindonews, Ahmad Zahro berkata wabak dari Wuhan itu tidak akan merebak pada mereka yang taat kepada Tuhan, sentiasa berzikir dan mengikut segala sunnah Nabi.

“Hampir semua penyakit terjadi itu karana adanya syaitan, termasuk virus corona. Ini perspektif spiritual, soal percaya atau tidak, tak menjadi masalah.

Katanya lagi, wabak tersebut juga disebabkan oleh ‘pelanggaran’ terhadap binatang dimana hampir semua binatang yang haram dimakan dimatikan secara kejam, ada yang langsung dibakar dan tidak disembelih seperti yang diajarkan syariat Islam.

“Mengenai virus corona ini kita tidak menyalahkan siapa pun. Tapi yang pasti penyakit corona ini berasal dari makanan haram,” ujarnya.

Terdahulu, hangat diperkatakan mengenai wabak Coronavirus yang menyerang wilayah Wuhan, China, timbul spekulasi mengatakan wabak tersebut berpunca daripada Pasar Hunan Seafood yang tertelak di bandar Wuhan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply