Agong, Permaisuri Kuarantin Diri, 7 Petugas Istana Positif COVID-19

Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri kini menjalani proses kuarantin diri bermula semalam selepas 7 petugas Istana Negara dikesan dijangkiti Covid-19.

Bagaimanapun Datuk Pengelola Bijaya Diraja, Datuk Ahmad Fadil Shamsuddin memberitahu Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah disahkan negatif selepas menjalani saringan kesihatan dan pengesanan COVID-19.

Difahamkan, kesemua petugas Istana Negara yang dikesan positif sedang menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan berada dalam keadaan stabil.

Dalam pada itu, Datuk Ahmad Fadil berkata pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sedang mengenal pasti punca jangkitan berkenaan.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: BH Online & BERNAMA

Leave a Reply