AirAsia Kenakan Caj RM20, RM30 Untuk Daftar Masuk Di Kaunter

Pengumuman penting buat mereka yang kaki travel, syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia kini mengenakan caj daftar masuk sebanyak RM20 dan RM30 untuk setiap pendaftaran di kaunter.

Caj daftar masuk ini akan dikenakan di beberapa lapangan terbang terpilih iaitu RM20 bagi penerbangan domestik dan RM30 untuk penerbangan antarabangsa.

Caj tersebut akan dikenakan di kaunter lapangan terbang di negara-negara ini:

– Malaysia
– Vietnam
– Brunei
– Kemboja
– Laoes
– Taipei
– Kaohsiung
– Honolulu, Hawaii

Bagaimanapun, tiada bayaran akan dikenakan bagi penggunaan kiosk daftar masuk tanpa sentuhan dan aplikasi mudah alih atau laman web AirAsia

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan AirAsia Javed Malik berkata, caj itu untuk menggalakkan penggunaan teknologi digital dimana AirAsia telah membelanjakan kos besar untuk meningkatkan kecekapan operasi serta kemudahan pengguna.

“Berikutan pandemik Covid-19, kemudahan daftar masuk sendiri ini menjadi amat penting bagi mengurangkan kontak fizikal antara para tetamu dan kakitangan kami,” katanya.

Bagaimanapun, pengecualian caj daftar masuk melalui kaunter akan diberikan kepada tetamu kurang mobiliti, Premium Flex atau Premium Flatbed, tetamu yang terjejas oleh gangguan penerbangan atau gangguan kiosk di lapangan terbang serta pengecualian lain.