Ajak Kawan Mat Saleh Makan Budu, Ini Punca Jejaka Dari UK Ini Fasih Cakap Kelantan

0
2693

Apa lagi yang lebih mengujakan daripada melihat orang luar berbahasa Malaysia atau lebih unik lagi kalau bercakap dalam loghat negeri tertentu.

BACA: Ini Kisah Akak Sanggul Tinggi, Gaduh Di Kelantan Yang Sedang Viral

Kami sendiri pernah melihat sendiri di depan mata seorang lelaki warga Bangladesh berturut dalam bahasa Terengganu, tak bunyi orang luar langsung.

Situasi sebegini sama macam apa yang kami jumpa di Youtube baru-baru ini. Seorang lelaki yang wajahnya kelihatan seperti Mat Saleh biasa namun apabila berbicara, keluar loghat Kelantan.

Berkongsi video melalui channel Aiman Kecek Kelate, lelaki berkenaan sering kali menjadikan kawan-kawannya sebagai ‘bahan ujian’ merasa hidangan dari negeri Kelantan.

Malah video makan budu siap dengan nasi putih dan telur dadar ternyata mengundang ketawa.

Selain itu, video makan durian bersama rakannya turut mengundang rasa risau gara-gara minum Coca-Cola yang pantang betul diminum bersama durian.

Sementara itu melalui temubual sebelum ini bersama selebriti Jaasuzuran yang sememangnya orang Kelantan, Aiman mendedahkan bahawa dia berdarah kacukan – ibunya dari UK dan bapanya dari Kelantan.

@sir_hafiz2

Abg jaa hadirrr mlm ni, ayat #padu yakk astagar wow beygol🤣🤣#fypuk #astagar #abejaa #AIMANKECEKKELATE @aimankecekkelate.ofc #100k Cuba nasib #AMIN

♬ bunyi asal – Mohamad Hafiz

Malah perkongsian dari Aiman juga sebenarnya membuatkan followers di akaun laman sosialnya teringin ke sana apabila dia turut berkongsikan aktiviti sepanjang di negara asalnya – dan yang pasti, kawannya juga turut diajar berbahasa Kelantan.

Apa pengalaman anda berjumpa pelancong yang pandai berbahasa Malaysia? Bolehlah kongsikan di ruangan komen.

Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.