Beberapa jam tadi, baru saja berlangsung perlumbaan basikal trek bagi sesi repechage bagi melayakkan diri untuk ke pusingan ketiga acara pecut individu.
BACA: Habis Hancur Katil Kadbod Disediakan Di Sukan Olimpik Oleh Atlet Israel
Pusingan repechage ini kiranya macam peluang kedua, selepas mereka terlepas kelayakan pada pusingan pertama sebelum ini.
Tapi apa yang menarik untuk sesi hari ini adalah kerana pelumba dari Poland, Patryk Rajkowski bersungguh betul untuk memberi tekanan secara mental kepada pelumba negara iaitu Muhammad Shah Firdaus.
Mentang-mentang inilah kali pertama Shah membuat penampilan pertama di Olimpik, pelumba berkenaan bagaimanapun menerima nasib sebaliknya.
Bagi yang pertama kali menonton acara pecut trek ini, sudah menjadi kebiasaan situasi sebegini tapi apabila melibatkan negara sendiri, boleh tahan geram juga.
Perkongsian salah seorang pengguna TikTok yang dipecahkan kepada 4 bahagian ini buat anda saksikan sendiri detik-detik psiko, kejatuhan dan jelingan tajam dari pelumba Poland itu sendiri.
Bahagian 1: Sendiri Asak, Sendiri Jatuh
@afnannazli Puas hati walaupun kena pysco . Alhamdulillah layak ke pusingan seterusnya #fyp #olympics #tokyo
Pada bahagian ini, Shah dilihat tenang berhadapan dengan tekanan sedemikian namun pelumba Poland tersebut pula yang jatuh.
Bahagian 2: Terlentang Sepi
@afnannazli Balas kepada @haze_latte
Kesian pun ada kalau tengok part ini, boleh nampak kaki pelumba dari Poland tersadung dan kalau perhati betul-betul, tayar depan Shah terlihat sedikit ke kanan.
Berikutan kejadian ini, Shah dan pelumba tersebut terpaksa beraksi dua kali.
Bahagian 3: Penuh Debaran
@afnannazli Balas kepada @zulfik94
Perlumbaan dimulakan semula dan ada aksi jeling menjeling dari pelumba Poland dan sebaik kayuhan bermula, debaran turut terasa lagi-lagi pusingan terakhir.
Kejaayan Shah meninggalkan lawannya ternyata membuatkan netizen berpuas hati dengan kemenangan tersebut.
Pengakhiran kepada perlumbaan tersebut dilihat tenang apabila Shah dan pelumba basikal dari Poland tersebut sama-sama menunjukkan tanda bagus selepas melepasi garisan penamat.
@afnannazli Balas kepada @adrianathirahzu
Memetik laporan BH Online, aksi pusingan ketiga bakal menyaksikan Azizulhasni berjumpa pelumba Belanda, Jeffrey Hoogland, sementera Shah pulak bakal berdepan lawan dari negara sama, Harrie Lavreysen.
Nak tahu kisah-kisah menarik yang up to date, jangan lupa follow kami di Facebook dan juga Instagram.
Sumber: BH Online