Habis Hancur Katil Kadbod Disediakan Di Sukan Olimpik Oleh Atlet Israel

Sukan Olimpik Tokyo 2020 kali ini menjadi tumpuan dunia apatah lagi sepatutnya dianjurkan tahun lalu namun disebabkan pandemik Covid-19 terpaksa ditangguhkan.

Malah, sukan olimpik kali ini juga turut menjadi perhatian lebih-lebih lagi katil anti-maksiat yang disediakan untuk atlet diperbuat daripada kadbod bagi tujuan kitar semula.

Meskipun sebelum ini tular mengenai katil tersebut kononnya untuk mengelak daripada aktiviti persetubuhan di antara atlet, namun tujuan sebenar adalah untuk menjaga alam sekitar.

Bagaimanapun, tular video di media sosial memaparkan atlet Israel, Ben Wanger yang mengambil langkah esktrem dengan merosakkan katil tersebuut bagi membuktikan bahawa katil tersebut kukuh.

Menerusi video berkenaan, Wanger dan lapan lagi atlet lain kononnya mahu menguji kapasiti tempat tidur tersebut.

“Mendapat banyak pertanyaan mengenai tempat tidur di Olympic Village, jadi hari ini kita akan memeriksa dan melihat berapa ramai orang yang diperlukan untuk memecahkan salah satu tempat tidur kadbod ini,” kata Wanger.

Namun, tindakannya mereka itu menyebabkan katil tersebut hancur sedangkan katil berkenaan akan digunakan kembali oleh atlet Paralimpik yang bakal turun pada bulan depan.

Tindakan tidak bertanggungjawab atlet-atlet tersebut menimbulkan kurang senang orang ramai kerana fasiliti disediakan secara percuma dan boleh diguna pakai semula selepas ini oleh atlet Paralimpik.

SUMBER: Insider