Bila kali terakhir anda pulang ke kampung menjenguk ibu bapa tersayang? Tersentuh juga kami bila terbaca tentang kisah seorang anak lelaki yang menenami ibunya yang terkena jangkitan COVID-19.
BACA: 102 Hari Tak Berjumpa, Video Ibu Dan Anak Ini Buat Netizen Rindu Keluarga
Memetik laporan Astro Awani, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Jihad Al- Suwaiti ini bertindak berani memanjat batang paip demi menemani ibunya dari tepi tingkap.
“Dia memanjat saluran paip untuk membolehkan dia memantau ibunya yang di tempat di tingkat dua hospital ini. Dia menghabiskan hampir keseluruhan harinya di situ, memerhatikan keadaan ibunya dari luar tingkap, sebelum turun apabila yakin ibunya sudah tidur lena,” jelas seorang pegawai hospital seperti yang dilaporkan portal berita Al Araby.
Kejadian yang berlaku di Hebron, Palestin ini ternyata membuat hati netizen sayu lebih-lebih lagi apabila mengetahui ibu Jihad, Rasma Salam menghembuskan nafas yang terakhir pada Khamis lalu.
Anak mana yang mahu melihat ibu mereka pergi tapi itulah ketentuan yang telah ditetapkan. Menurut abang Jihad iaitu Rasmi, walaupun dilarang pihak hospital, dia tetap meneruskan perakara tersebut.
“Jihad anak bongsu dan memang rapat dengan ibu, apatah lagi selepas kematian bapa kami 15 tahun lalu. Ibu menghidap leukimia dan disahkan dijangkiti COVID-19 beberapa minggu lalu”
“Ketika dimaklumkan tentang kematian ibu, Jihad marah dan tidak percaya. Tetapi kini dia nampaknya sudah boleh terima kenyataan,” kata Rasmi.
Jika kita masih berpeluang mengucap sayang pada ibu tercinta, lakukanlah dalam masa yang ada ini.
Jika tak mahu ketinggalan info dan bacaan menarik setiap hari, jangan lupa follow kami di Facebook dan Instagram.