Anak Penjual Kuih & Goreng Pisang Calon Tunggal Raih 9A SPM

Sebagai ibu bapa apa yang menggembirakan mereka adalah untuk melihat anak-anak mereka berjaya sehingga ke menara gading. Seperti pelajar ini, tiada hadiah mahal dapat diberikan buat ibu bapanya melainkan keputusan SPM yang dapat membanggakan kedua orang tuanya.

Anak penjual kuih dan goreng pisang, Adam Ibrahim berjaya menghadiahkan kejayaan buat ibunya apabila memperoleh keputusan cemerlang SPM 2019. Lebih membanggakan, Adam merupakan calon tunggal yang memperoleh 9A.

Pelajar SMK Sri Pantai Kuala Lumpur tidak menyangka akan memperoleh keputusan cemerlang kerana ketika peperiksaan percubaan dia hanya memperoleh keputusan 5A sahaja.

Melihat pahit getir ibu bapanya yang hanya menyara kehidupan dengan berniaga kuih muih dan goreng di Bukit Kerinchi, Adam berkata usahanya selama ini berbaloi.

 

Lebih mengharukan, ketika namanya diumumkan sebagai calon tunggal memperoleh 9A, ibunya, Zabedah Binti Kerot terus melakukan sujud syukur di atas kerusi di tempat duduknya.

Bersyukur di atas kejayaan anaknya, Zabedah berkata Adam seorang yang yang baik dan ringan tulang. Malah, Adam sentiasa membantu mereka membungkus nasi lemak serta melakukan kerja-kerja rumah.

Tahniah diucapkan kepada mereka yang berjaya. Segala usaha dan penat lelah anda untuk membanggakan ibu bapa sudah pun terbalas. Diharap kejayaan mereka ini memberikan semangat buat mereka yang bakal mengambil SPM tahun ini pula.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

SUMBER: Remaja

Leave a Reply