‘Apek Cina’ Ini Dedah Kenapa Kaum Cina Mahu Anwar Ibrahim Sebagai PM

Sejak Isnin lalu hangat diperkatakan mengenai kemelut politik negara kita dan sehingga kini ramai yang tertanya-tanya siapakah yang akan memegang jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia ke-8.

Seperti semua maklum, semalam Pakatan Harapan mengisytiharkan semua komponennya mencalonkan Presiden PKR, Anwar Ibrahim sebagai PM ke-8. Bukan itu sahaja, nampaknya kaum Cina di Malaysia juga mahukan Anwar sebagai PM.

Perkara itu didedahkan oleh seorang personaliti media sosial, Tan Zee How atau lebih popular dikenali sebagai Apek Cina menerusi Sinar Harian dimana dia berkata, majoriti kaum Cina di negara ini tidak bersetuju dengan cadangan membubarkan Parlimen.

Tan Zee How (Apek Cina)

Menurutnya, masyarakat Cina mahukan Anwar Ibrahim sebagai PM kerana mereka percaya bahawa beliau mampu mengimbangkan perselisihan faham antara kaum tanpa menjejaskan hak orang Cina di negara ini.

“Mereka rasa kerajaan PH harus dikekalkan dan janji penyerahan kuasa antara Dr Mahathir kepada Datuk Seri Anwar ditunaikan.

“Komuniti Cina ini berharap apabila Datuk Seri Anwar diangkat sebagai Perdana Menteri, beliau dapat mengimbangkan perbalahan antara kaum yang berlaku kebelakangan ini tanpa menjejaskan hak orang Cina di Malaysia,” katanya

Bagaimanapun, Apek Cina berpendapat meskipun Anwar hanya akan mengecewakan kaum Cina kerana tidak mampu untuk menyelesaikan segala kemelut yang dihadapi mereka.

Katanya lagi, krisis politik negara yang berlaku ketika ini kerana ketidakpercayaan dan ketidakyakinan antara satu sama lain dalam gabungan PH.

Ujarnya lagi, apa akan terjadi jika kerajaan ini masih mahu dikekalkan dan Parlimen tidak dibubarkan, hanya seorang pemimpin sahaja yang boleh mengawal situasi tersebut iaitu Tun Mahathir dan bukan Anwar Ibrahim.

Dalam pada itu, dia turut meminta kaumnya berdepan realiti dan tidak bermimpi supaya kehendak mereka berjaya dicapai melalui cara yang mereka kehendaki.

“Kita kena faham tentang kaum lain, tentang agama lain di negara Malaysia dan bukan sekadar nak orang memahami perasaan kita sahaja.

“Berdasarkan situasi politik semasa ini, saya berpendirian bahawa parti komponen dalam PH sudah tidak mempercayai antara satu sama lain. Rakyat telah meluat dengan situasi sebegini, jadi lebih baik bubarkan Parlimen serta adakan PRU15 secepat mungkin,” katanya.

Ada banyak masa terluang? Follow kami di Facebook & Instagram 🙂

Leave a Reply